Thursday, May 7, 2020
M18B: LATIHAN HTML DAN CSS
Dengan merujuk buku teks muka surat 290 hingga 341 sila jawab quizizz berikut secara santai. Sila offkan timer.
Monday, May 4, 2020
M18 HTML dan CSS
Membina Laman Web Mudah dengan Menggunakan HTML
Apabila kali pertama konsep laman web diperkenalkan pada tahun 1990, laman web hanyalah koleksi dokumen yang dihubungkan dengan menggunakan fungsi pautan teks yang dipaparkan secara maya.
Paparan pada laman web juga lebih bersifat statik.
Laman web http://www. telegraph.co.uk/technology/6125914/How-20-popular-websites-lookedwhen-they-launched.html ada menyediakan paparan 20 laman web pada awal pelancarannya.
Rajah 3.3.26 menunjukkan paparan laman web Google pada awal kemunculannya
Pada waktu dahulu, adalah mustahil untuk kita menggunakan laman web bagi tujuan membeli produk, membuat tempahan hotel atau tiket kapal terbang.
Punca di sebalik kekurangan ini ialah ketiadaan ruang untuk pengguna menghantar maklumat kepada pelayan untuk diproses pada masa tersebut.
Selari dengan arus perubahan zaman, teknologi baharu diperkenalkan bagi memberikan ruang kepada pengguna menghantar maklumat kepada pelayan untuk diproses melalui konsep interaktif laman web.
Dengan adanya konsep tersebut, proses membuat tempahan hotel serta pembelian barangan secara dalam talian bukan lagi suatu yang mustahil. Definisi interaktif sebenarnya sangat luas. Suatu laman web yang mengandungi permainan catur dikelaskan sebagai interaktif kerana mampu memberikan respons kepada pergerakan pengguna yang bermain catur secara maya.
Apakah HTML?
Setiap laman web ialah fail teks yang ditulis menggunakan Hypertext Markup Language atau HTML. Markup Language ialah bahasa yang menghuraikan kandungan dan struktur dokumen. Anda boleh mengandaikan HTML sebagai rangka yang memandu kepada struktur setiap laman web. Rajah 3.3.27 menunjukkan struktur HTML
Apa itu CSS?
Cascading Style Sheet (CSS) ialah salah satu bahasa pengaturcaraan yang merupakan tambahan (extension) kepada HTML. CSS membenarkan perubahan kepada gaya sesuatu laman web dan menerangkan persembahan bagi sesuatu dokumen HTML.
Cara Penulisan CSS dalam Atur Cara HTML
Terdapat tiga cara untuk menulis CSS dalam HTML, iaitu:
- Helaian gaya luar (External Style Sheet)
- Helaian gaya dalaman (Internal Style Sheet)
- Gaya dalam barisan(Inline Style)
Aktiviti
layari laman
w3schools.com
Fahami asas pengaturcaraan HTML dan CSS dengan klik LEARN HTML dan LEARN CSS
layari laman
w3schools.com
Fahami asas pengaturcaraan HTML dan CSS dengan klik LEARN HTML dan LEARN CSS
Subscribe to:
Posts (Atom)
M18: NOTA PdPR 28 Mei 2021 (KHAMIS): BAHASA PENSKRIPAN PELAYAN
3.2.1 Pembangunan Laman Web dengan Menggunakan Bahasa Penskripan Pelayan (MS 224) Keperluan Laman Web Antara Pengguna dengan Sistem Dala...
-
3.3.1 Prinsip Reka Bentuk Laman Web (MS 274) Prinsip merujuk asas yang menjadi dasar kepada perkembangan atau pembinaan sesuatu benda. ...
-
Semasa membangunkan atur cara penskripan klien, murid boleh melaksanakan proses pengisihan pencarian mencari nilai maksimum minimum ...