Monday, May 4, 2020

M18 HTML dan CSS


Membina Laman Web Mudah dengan Menggunakan HTML

Apabila kali pertama konsep laman web diperkenalkan pada tahun 1990, laman web hanyalah koleksi dokumen yang dihubungkan dengan menggunakan fungsi pautan teks yang dipaparkan secara maya. 

Paparan pada laman web juga lebih bersifat statik. 

Laman web http://www. telegraph.co.uk/technology/6125914/How-20-popular-websites-lookedwhen-they-launched.html ada menyediakan paparan 20 laman web pada awal pelancarannya. 

Rajah 3.3.26 menunjukkan paparan laman web Google pada awal kemunculannya





Pada waktu dahulu, adalah mustahil untuk kita menggunakan laman web bagi tujuan membeli produk, membuat tempahan hotel atau tiket kapal terbang. 

Punca di sebalik kekurangan ini ialah ketiadaan ruang untuk pengguna menghantar maklumat kepada pelayan untuk diproses pada masa tersebut. 

Selari dengan arus perubahan zaman, teknologi baharu diperkenalkan bagi memberikan ruang kepada pengguna menghantar maklumat kepada pelayan untuk diproses melalui konsep interaktif laman web. 

Dengan adanya konsep tersebut, proses membuat tempahan hotel serta pembelian barangan secara dalam talian bukan lagi suatu yang mustahil. Definisi interaktif sebenarnya sangat luas. Suatu laman web yang mengandungi permainan catur dikelaskan sebagai interaktif kerana mampu memberikan respons kepada pergerakan pengguna yang bermain catur secara maya.

Apakah HTML?

Setiap laman web ialah fail teks yang ditulis menggunakan Hypertext Markup Language atau HTML. Markup Language ialah bahasa yang menghuraikan kandungan dan struktur dokumen. Anda boleh mengandaikan HTML sebagai rangka yang memandu kepada struktur setiap laman web. Rajah 3.3.27 menunjukkan struktur HTML



Apa itu CSS? 

Cascading Style Sheet (CSS) ialah salah satu bahasa pengaturcaraan yang merupakan tambahan (extension) kepada HTML. CSS membenarkan perubahan kepada gaya sesuatu laman web dan menerangkan persembahan bagi sesuatu dokumen HTML. 


Cara Penulisan CSS dalam Atur Cara HTML 

Terdapat tiga cara untuk menulis CSS dalam HTML, iaitu: 

  • Helaian gaya luar (External Style Sheet) 
  • Helaian gaya dalaman (Internal Style Sheet) 
  • Gaya dalam barisan(Inline Style)

Aktiviti

layari laman

w3schools.com

Fahami asas pengaturcaraan HTML dan CSS dengan klik LEARN HTML dan LEARN CSS






No comments:

Post a Comment

M18: NOTA PdPR 28 Mei 2021 (KHAMIS): BAHASA PENSKRIPAN PELAYAN

3.2.1 Pembangunan Laman Web dengan Menggunakan Bahasa Penskripan Pelayan  (MS 224) Keperluan Laman Web Antara Pengguna dengan Sistem Dala...