Thursday, April 23, 2020

M16B: JENIS PERSEKITARAN WEB YANG DIBINA

Sebelum sesuatu laman web dibina, kita harus memahami persekitaran laman web tersebut. 

Persekitaran laman web ini merangkumi beberapa faktor teknikal seperti yang berikut


  • Kesesuaian penggunaan pelbagai jenis pelayar 
  • Kelajuan capaian Internet
  • Keperluan perisian sokongan untuk paparan 
  • Kepelbagaian sistem komputer dan peranti mudah alih yang digunakan oleh pengguna 
  • Kepelbagaian saiz paparan monitor yang digunakan 


Terdapat beberapa jenis pelayar yang boleh digunakan bagi memaparkan laman web, contohnya Internet Explorer, Google Chrome dan Firefox seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3.3.


 Setiap pelayar biasanya mempunyai beberapa versi yang boleh digunakan untuk memaparkan laman web. Oleh sebab itu, pereka web sewajarnya mempertimbangkan jenis dan versi pelayar yang boleh digunakan untuk memaparkan laman web yang dibina dan seharusnya tidak tertumpu pada satu jenis atau satu versi sahaja.

Selain kepelbagaian jenis pelayar, kepelbagaian kaedah capaian Internet yang digunakan bagi setiap pengguna seperti kelajuan capaian juga harus diambil kira. 

Sebagai contoh, sekiranya laman web dibina untuk tujuan hiburan seperti permainan dalam talian, permainan ini mungkin memerlukan capaian yang lebih laju berbanding dengan laman web yang dibina untuk sumber maklumat seperti berita. 

Kadangkala sesetengah laman web memerlukan perisian sokongan khas untuk menyokong paparan seperti animasi, audio atau video. Pereka web perlu peka tentang pemilihan jenis perisian sokongan, misalnya memilih perisian yang diketahui umum dan digunakan secara meluas. 

Contohnya, bagi animasi, perisian sokongan yang biasa digunakan adalah seperti Flash. Kepelbagaian saiz skrin seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3.4 juga tidak boleh dipandang remeh. Hal ini dikatakan demikian kerana saiz paparan skrin akan memberikan impak secara terus pada kualiti paparan web berdasarkan saiz resolusi yang digunakan. 



Bagi skrin berjenis LCD (liquid crystal display ), saiz resolusi diukur berdasarkan saiz skrin paparan. Contohnya, skrin monitor bersaiz 19 inci biasanya mempunyai saiz resolusi 1440 × 900 manakala skrin bersaiz 22 inci mempunyai saiz resolusi 1680 × 1050. 

Semakin tinggi bilangan resolusi, bermakna semakin tinggi bilangan piksel dan semakin jelas dan cantik kualiti paparan. 

Oleh itu, pereka web harus memastikan laman web yang dipaparkan perlu fleksibel selari dengan kepelbagaian saiz skrin yang tersedia untuk digunakan oleh pengguna.


Latihan:

Objektif:  Mengenal pasti prinsip-prinsip asas reka bentuk laman web yang diimplementasikan dalam laman web media sosial. 
Anda dikehendaki melayari laman web media sosial berikut: 


  • www.facebook.com 
  • www.instagram.com 


Berdasarkan pemerhatian anda, senaraikan prinsip asas reka bentuk laman web  yang digunakan dalam setiap laman web tersebut


No comments:

Post a Comment

M18: NOTA PdPR 28 Mei 2021 (KHAMIS): BAHASA PENSKRIPAN PELAYAN

3.2.1 Pembangunan Laman Web dengan Menggunakan Bahasa Penskripan Pelayan  (MS 224) Keperluan Laman Web Antara Pengguna dengan Sistem Dala...