Sunday, March 7, 2021

M08 2021: BAHASA PENSKRIPAN



Secara umumnya terdapat dua jenis laman web
  1. laman web statik 
  2. laman web dinamik. 


Laman web yang direka menggunakan Hypertext Markup Language (HTML) sahaja ialah laman web yang bersifat statik iaitu kandungan paparan pada setiap halaman mengikut tag HTML yang digunakan. 

Laman web dinamik pula ialah laman web yang direka menggunakan penskripan pelayan seperti ASP atau PHP yang memberi keupayaan kepada pemilik laman web untuk mengemas kini kandungan laman web dengan mudah.





Tuesday, December 8, 2020

SENARAI LINK BAHAN ULANGKAJI DI INTERNET


ALGORITMA DAN IPO

VIDEO TUTORIAL ATURCARA JAVA

ALGORITMA DAN ATURCARA JAVA

ATURCARA JAVA

TATA SUSUNAN

AWAL BAB 3 TINGKATAN 5

SIMULASI BUBBLE SORT

SIMULASI SELECTION SORT

CONTOH ATURCARA JAVA

CONTOH ATURCARA JAVA 2


 TUTORIAL ATURCARA HTML DAN CSS

SERVER LANGUAGE

EDITOR SQL ONLINE

PANGKALAN DATA DAN SQL (ASK T3 DAN SK T4)

ENTITI DAN ATRIBUT

KUNCI PRIMER DAN KUNCI ASING (ASK T3 DAN SK T4)

SQL PEMBUNUH EPISOD 1

SQL PEMBUNUH EPISOD 2
https://www.youtube.com/watch?v=3VqJiFYn088&feature=youtu.be

Saturday, December 5, 2020

M47: LATIHAN PdPR 07/12/2020 QUIZIZZ ULANGKAJI SAINS KOMPUTER SPM 2020

 ARAHAN QUIZIZZ ULANGKAJI SAINS KOMPUTER SPM 2020

1.       1. Mesti dijawab oleh semua pelajar pada bila-bila masa sebelum tarikh akhir.

2.       2. Mengandungi 70 soalan

3.       3. Pelajar hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja

4.       4. Penting: Sila gunakan nama sebenar dan bukan nama samaran

5.       5. Markah tidak perlu dihantar kepada guru kerana guru akan menyemaknya di dalam akaun guru.

6.       6. Mesti dijawab selewat-lewatnya jam 12.00 tengah malam hari Selasa 8 Disember

7.       7. Pelajar boleh merujuk buku teks, internet atau apa-apa rujukan

8.       8. Objektif kuiz ini adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan pelajar berkaitan fakta untuk soalan-soalan bahagian A.

9.       9. Setiap jawapan pelajar akan dicetak dan difailkan untuk rujukan semula

       10. Untuk menjawab sila klik link https://quizizz.com/join?gc=50273060


Tuesday, December 1, 2020

M46: LATIHAN PdPR 30/11/2020 QUIZIZZ BAB 1 T5: SUBTOPIK 1.23-1.25

 ARAHAN QUIZIZZ LATIHAN BAB 1 (SUB-TOPIK 1.23-1.25)

1.  1. Mesti dijawab oleh semua pelajar pada bila-bila masa sebelum tarikh akhir

    2. Mengandungi 25 soalan

3.  3. Pelajar hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja

4.  4. Penting: Sila gunakan nama sebenar dan bukan nama samaran

5.  5. Markah tidak perlu dihantar kepada guru kerana guru akan menyemaknya di dalam akaun  guru.

6.  6. Mesti dijawab selewat-lewatnya jam 12.00 tengah malam hari Isnin 8 Disember

7.  7. Pelajar boleh merujuk buku teks, internet atau apa-apa rujukan

8.  8. Objektif kuiz ini adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan pelajar berkaitan fakta untuk soalan-soalan bahagian A.

9.   9.Setiap jawapan pelajar akan dicetak dan difailkan untuk rujukan semula

1110. Untuk menjaawab sila klik link https://quizizz.com/join?gc=12343076 



Monday, June 8, 2020

M28: BAB 1. 1.3.2 GET LOGIK





Rujuk buku teks muka surat 41 hingga 45.
Tonton video di bawah (10 minit) untuk mengetahui lebih lanjut tentang Get Logik

https://www.youtube.com/watch?v=JhAFDSQPkGI&t=49s

Tugasan:
Lakarkan satu peta minda atau peta i-think yang menerangkan tentang get logik asas dan kombinasi get logik.

Thursday, May 7, 2020

M18B: LATIHAN HTML DAN CSS


Dengan merujuk buku teks muka surat 290 hingga 341 sila jawab quizizz berikut secara santai. Sila offkan timer.

Monday, May 4, 2020

M18 HTML dan CSS


Membina Laman Web Mudah dengan Menggunakan HTML

Apabila kali pertama konsep laman web diperkenalkan pada tahun 1990, laman web hanyalah koleksi dokumen yang dihubungkan dengan menggunakan fungsi pautan teks yang dipaparkan secara maya. 

Paparan pada laman web juga lebih bersifat statik. 

Laman web http://www. telegraph.co.uk/technology/6125914/How-20-popular-websites-lookedwhen-they-launched.html ada menyediakan paparan 20 laman web pada awal pelancarannya. 

Rajah 3.3.26 menunjukkan paparan laman web Google pada awal kemunculannya





Pada waktu dahulu, adalah mustahil untuk kita menggunakan laman web bagi tujuan membeli produk, membuat tempahan hotel atau tiket kapal terbang. 

Punca di sebalik kekurangan ini ialah ketiadaan ruang untuk pengguna menghantar maklumat kepada pelayan untuk diproses pada masa tersebut. 

Selari dengan arus perubahan zaman, teknologi baharu diperkenalkan bagi memberikan ruang kepada pengguna menghantar maklumat kepada pelayan untuk diproses melalui konsep interaktif laman web. 

Dengan adanya konsep tersebut, proses membuat tempahan hotel serta pembelian barangan secara dalam talian bukan lagi suatu yang mustahil. Definisi interaktif sebenarnya sangat luas. Suatu laman web yang mengandungi permainan catur dikelaskan sebagai interaktif kerana mampu memberikan respons kepada pergerakan pengguna yang bermain catur secara maya.

Apakah HTML?

Setiap laman web ialah fail teks yang ditulis menggunakan Hypertext Markup Language atau HTML. Markup Language ialah bahasa yang menghuraikan kandungan dan struktur dokumen. Anda boleh mengandaikan HTML sebagai rangka yang memandu kepada struktur setiap laman web. Rajah 3.3.27 menunjukkan struktur HTML



Apa itu CSS? 

Cascading Style Sheet (CSS) ialah salah satu bahasa pengaturcaraan yang merupakan tambahan (extension) kepada HTML. CSS membenarkan perubahan kepada gaya sesuatu laman web dan menerangkan persembahan bagi sesuatu dokumen HTML. 


Cara Penulisan CSS dalam Atur Cara HTML 

Terdapat tiga cara untuk menulis CSS dalam HTML, iaitu: 

  • Helaian gaya luar (External Style Sheet) 
  • Helaian gaya dalaman (Internal Style Sheet) 
  • Gaya dalam barisan(Inline Style)

Aktiviti

layari laman

w3schools.com

Fahami asas pengaturcaraan HTML dan CSS dengan klik LEARN HTML dan LEARN CSS






M18: NOTA PdPR 28 Mei 2021 (KHAMIS): BAHASA PENSKRIPAN PELAYAN

3.2.1 Pembangunan Laman Web dengan Menggunakan Bahasa Penskripan Pelayan  (MS 224) Keperluan Laman Web Antara Pengguna dengan Sistem Dala...