Nilai maksimum merujuk nilai terbesar dalam suatu senarai nilai.
Proses mencari nilai maksimum dapat dilaksanakan seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah
Mendapatkan Nilai Minimum
Nilai minimum merujuk nilai terkecil dalam suatu senarai nilai. Proses mencari nilai minimum dapat dilaksanakan seperti ditunjukkan pada rajah di bawah
Mendapatkan Nilai Mean
Mean merujuk purata nilai dalam suatu senarai nilai. Untuk mendapatkan purata, yang berikut ialah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan:
Mendapatkan Nilai Count
Count mengira bilangan nilai yang terdapat dalam suatu senarai. Untuk mengira dan mendapatkan nilai count, yang berikut ialah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan
Pengumpukan nilai dalam struktur giliran (Queue)
Giliran (Queue) merupakan struktur data linear, iaitu pengumpukan nilai dalam ruang ingatan secara teratur. Queue boleh membuang nilai lama, iaitu nilai yang terawal dimasukkan. Kaedah ini dipanggil FIFO (first-in, first-out ).
Untuk memahami konsep queue ini, cuba murid bayangkan sistem angka giliran di kaunter bank. Pelanggan akan dipanggil dan dilayan mengikut turutan nombor tiket yang diambil.
Operasi queue
Terdapat dua operasi penting dalam queue, iaitu:
1. Enqueue – Memasukkan data ke dalam queue
2. Dequeue – Membuang data lama dalam queue
Latihan:
Jawab soalan quizizz yang pertama dalam modul quizizz di bawah:
(bertajuk Bab 3: a) Bahasa Penskripan Klien)
Sila klik
sila jawab menggunakan mod Solo Practice - Practice - Play
No comments:
Post a Comment