Monday, April 13, 2020

M15: PEMALAR, PEMBOLEHUBAH DAN JENIS DATA DALAM BAHASA PENSKRIPAN KLIEN


Seperti yang telah dipelajari sebelum ini, aturcara penskripan klien boleh ditulis menggunakan JavaScript. 

Atur cara JavaScript klien boleh ditulis dan dibenam (embed) dalam dokumen HTML dan diinterpretasikan oleh pelayar (browser). 

Dalam topik ini, murid akan menggunakan pemalar, pemboleh ubah dan jenis data yang berlainan dalam atur cara bubble sort, selection sort, binary search, mendapatkan nilai maksimum, minimum, purata dan nilai count. Begitu juga aturcara dalam pengumpukan nilai dalam queue. 

Pembolehubah 

Pemboleh ubah ialah ruang ingatan yang digunakan untuk menyimpan nilai sementara sewaktu atur cara diproses. Nilainya boleh berubah-ubah mengikut penggunaan pemboleh ubah atau arahan kepada pemboleh ubah. Setiap pemboleh ubah akan diberi nama mengikut nilai yang disimpan. Nama yang diberi kepada pemboleh ubah dikenali sebagai pengecam. 

Contoh: 
Nilai gaji pekerja - Nama pembolehubah yang boleh diberi ialah gajiPekerja. 
Nama pelajar. Nama pembolehubah yang boleh diberi ialah namaPelajar.

Pemalar 

Pemalar merupakan ruang ingatan yang digunakan untuk menyimpan nilai sementara sewaktu atur cara diproses. Pemalar sama seperti pemboleh ubah tetapi nilainya tidak boleh berubah-ubah. Nilai tidak boleh berubah kerana nilai yang ditentukan itu merupakan suatu nilai yang telah ditetapkan dalam atur cara. 

Contoh nilai pemalar:

Nilai pi (π), iaitu bernilai3.142 (ditulis dalam bentuk tiga titik perpuluhan). 
Bilangan hari dalam seminggu, iaitu tujuh hari.

Const ialah kata kunci yang digunakan dalam JavaScript untuk merujuk pemalar.

Jenis Data 

Jenis data merupakan jenis nilai atau pelbagai set data yang digunakan dalam atur cara. Jadual 3.1.2 menunjukkan jenis data asas dalam JavaScript.




Murid boleh melakukan proses-proses seperti mengisih (kaedah bubble sort atau selection sort), mencari nilai tertentu (kaedah binary search), mencari nilai maksimum (max), mencari nilai minimum (min), mengira nilai purata (mean) dan mengira bilangan nilai (count) kepada pelbagai jenis nilai atau data yang telah diterangkan sebelum ini. 

Latihan:

Uji pengetahuan anda dengan menjawab soalan quizizz di bawah

https://quizizz.com/admin/quiz/5b820d7ea31606001930d4ab/skt5-bab-3-b-pembolehubah-pemalar-jenis-data-skawalan



No comments:

Post a Comment

M18: NOTA PdPR 28 Mei 2021 (KHAMIS): BAHASA PENSKRIPAN PELAYAN

3.2.1 Pembangunan Laman Web dengan Menggunakan Bahasa Penskripan Pelayan  (MS 224) Keperluan Laman Web Antara Pengguna dengan Sistem Dala...